Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi
***** jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya
perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya
menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan
dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.
RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar,
menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang
menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras,
dan mudah marah.
RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya
lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan
menjadi sukar kerana tabiat buruknya. bu bapanya menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.
JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan
nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang ***** atau bahaya. Walau begitu,
keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui
kegagalan juga .
JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian
ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila
dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik
itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang
tuanya.
Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik
dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia
suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .
Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus.
Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik,
berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya
dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh
kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya
selalu selamat.
Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh
orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak,
kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki .
ZulkaedahPerwatakannya pendiam. Banyak
perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir,
sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh
kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik
terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia
sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.
Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan
baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.
Haaaaa............cpat2 g tngok klander taun ni krang dlm bulan Islam yg mna???
Ini sekadar untuk bersuka2, Jadi gunakn ini sebagai rujukan










Fahmy, JOIN yuk! Ajak geng-2 sekali ehh... :)
ReplyDeletehttp://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/07/1st-segmen-by-elfarahin.html